Isnin, 3 Jun 2019

PETUA KESIHATAN


1 . SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR / MEMPERCEPATKAN / LENA
  • Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
  • Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianya mempercepatkan lena.
2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI
  • Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
  • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau
  • Makanlah biji buah Peria atau
  • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau
  • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau
  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau
  • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau
  • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau
  • Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
3 . DEMAM BIASA
  • Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
  • Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
  • Minumlah air rebusan bunga melor.
4 . SAKIT KEPALA
  • Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
  • Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
  • Rebus daun Kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
  • Makanlah daun pokok Peria atau
  • Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
5 . SENGAL SENDI
  • Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja, sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau
  • Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau
  • Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau
  • Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak (mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya) dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau
  • Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.
6 . SELSEMA
  • Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau
  • Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
  • Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis, dibelah, diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
7 . SUARA SERAK
  • Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
  • Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
  • Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.
8 . BATUK/LELAH/SEMPUT
  • Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau
  • Ambil daun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau · minumlah rebusan akar pokok melor atau
  • Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
  • Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau
  • untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.