Isnin, 3 Jun 2019

PETUA KESIHATAN


1 . SUPAYA MEMUDAHKAN TIDUR / MEMPERCEPATKAN / LENA
  • Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan susu lembu asli atau
  • Makanlah bawang besar berserta yogurt putih, ianya mempercepatkan lena.
2 . MENURUNKAN DARAH TINGGI
  • Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
  • Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau
  • Makanlah biji buah Peria atau
  • Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau
  • Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau
  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau
  • Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau
  • Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau
  • Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
3 . DEMAM BIASA
  • Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
  • Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula air limau nipis beserta kulitnya atau
  • Minumlah air rebusan bunga melor.
4 . SAKIT KEPALA
  • Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi atau
  • Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau
  • Rebus daun Kangkung sampai mendidih, kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari atau
  • Makanlah daun pokok Peria atau
  • Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.
5 . SENGAL SENDI
  • Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja, sebahagiannya lagi diasah bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan ketempat yang derita atau
  • Ambil daun serai ditumbuk lumat, kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau
  • Ambil daun kecubung dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau
  • Ambil lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air masak (mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya) dan digoncang hingga merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau
  • Tumbuk daun betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua kali seminggu.
6 . SELSEMA
  • Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu) yang panas/suam lalu diminum atau
  • Minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk atau untuk bayi
  • Ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis, dibelah, diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.
7 . SUARA SERAK
  • Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau
  • Ambil bawang besar 2 biji, buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2 kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau
  • Ambil sebuku asam jawa, rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk. Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.
8 . BATUK/LELAH/SEMPUT
  • Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil airnya dan campurkan sedikit madu dan gula untuk diminum atau
  • Ambil daun Kecubung, hiris halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan daun dan dihisap atau · minumlah rebusan akar pokok melor atau
  • Jika anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan lendir atau untuk batuk berlendir
  • Panaskan limau nipis dia tas bara api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama hampasnya atau
  • untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.

Ahad, 25 November 2018

Petua Untuk Kulit Tegang Tetapi Lembut


Goreng beras pulut hitam sehingga setiap biji beras itu pecah dan menjadi putih. Sejukkan beras pulut yang sudah digoreng, kemudian kisar hingga halus. Ambil sedikit beras yang dikisar dan campurkan dengan air suam dan sedikit perahan limau nipis. Jadikan seperti skrub dan sapukan ke wajah anda setiap malam sebelum tidur.

Selasa, 11 September 2018

Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka


Pilihan 1:
Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 2: 
Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

Pilihan 3: 
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.

Pilihan 4: 
Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.

Pilihan 5: 
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 6: 
Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Pilihan 7: 
Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Pilihan 8: 
Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baharu dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapat hasilnya

Khamis, 6 Jun 2013

Petua Hari Ini 6 Jun 2013

Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
  
Untuk Kulit Muka Berminyak .
Ambik fresh tomato and hiris tipis simpan dlm peti sejuk seterusnya bersihkan muka dgn air suam , gunakan tomato yg dah sejuk sapu ke semua wajah tunggu hingga 15 / 20 menit bersihkan dgn air suam dan sapukan honey tunggu 5 menit dan bersihkan dgn air sejuk .. Lakukan setiap 3 kali dlm seminggu 
Petua Mencuci Buah Pinggang Kos Murah
Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2
Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.
Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang
 
Petua Hilangkan Penyakit Gout
Petua nak hilangkan penyakit gout :: ambil 3 atau 4 helai daun pandan,rebuskan dgn sedikit air hingga mendidih. Bila dah sejuk minum air rebusan tadi. Buat seminggu dua kali. Insyaallah penyakit gout akan hilang....
Petua Merawat Kencing Manis 
Penghidap kencing manis atau mempunyai kandungan gula yg banyak dalam darah boleh amal kunyit.. ambil kunyit (bukan yg serbuk) dalam 70gram
bagi hancur siram dengan air panas segelas da tu minum... ini amalan orang india..memang terbukti berkesan.. ^

Aku letih dan bosan

Aku rasa amat letih dan bosan bila akaun aku kena hack oleh some one. mentang2lah dah lama aku tak involve kat sini bila aku nak masuk x bleh plak. Baran aku seketika. Berpinar mata sakit hati dibuatnya. 
Aku berblog sebab orang lain ada blog. Aku jeles tengok kawan aku ada blog dan dia punya blog tak sampai 6 bulan dah 13k pengunjung. 
Aku plak dah tahun ke empat aku berkarya sumbang copy paste orang punya maka hasilnya adalah 600 orang yang sudi mengunjungi blog aku ni. Okeylah tu berbanding ngn orang lain yang bersawang tahap gila blog they all.
Kawan aku sekarang ni yang dah pindah jauh dari aku dah tak dapat tolong aku berceloteh gila-gila cam dulu. Aku plak hari2 asyik belek Android je main fesbuk kekadang aku pun sekadar terjah orang lain punya. Mula-mula hari tu seronok gak main fesbuk. Ada geng ada kawan tapi menjak kawan aku yang otak IT tu pindah aku dah nanar sikit nak gode IT ni.


Kali ni aku nak jadikan blog ni sasaran aku untuk aku meluahkan ketidak puasan hatiku yang tengah bengong sekarang dan juga berkongsi kegembiraan yang aku milikki ini dengan orang yang sudi baca blog aku ini.
Inilah diari bodoh aku.
Kadang2 hidup ni memang tak siok tul. Hati aku jadi membara gila bila pikir benda2 yang aku dah buat selama ni. 
Berhenti kerja adalah perkara yang paling bengap aku pernah buat. Walaupun hari-hari hidup aku ditanggung oleh 'sugar daddy' aku tapi sebenarnya tak siok juga hidup sendirian.
Aku rasa macam burung dalam sangkar emas pula hidup aku ini. Tapi memang ya pun.




Rabu, 1 Mei 2013

Buttery Blueberry Nectarine Cobbler

Ini adalah translation yang aku dapat kat google dari English to Malay- 
Tukang Kasut Nectarine Blueberry mentega
Ini adalah sebuah variasi pada Tukang Kasut blackberry saya dan mungkin saya suka lebih daripada yang asal! Blueberry dan nectarines membuat kombinasi yang sangat indah dalam Tukang Kasut ini mentega!

Makan panas dan sisa di simpan di dalam peti sejuk.
1/2 cawan mentega2 cawan tepung2 cawan gula3 sudu teh serbuk penaik1 sudu kecil garam2 cawan susu1 sudu teh vanilla1/4 sudu teh buah pelaga4 cawan (Jumlah) nectarines segar dihiris dan blueberry (blueberry boleh dibekukan)
Panaskan ketuhar 350. Apabila ketuhar temp dicapai, Cairkan mentega di dalam kuali 9 x 13.
Gaulkan tepung, gula, serbuk penaik, garam, susu, vanilla dan buah pelaga; adunan akan sedikit bergumpal. Tuangkan separuh adunan di atas mentega cair dalam kuali. Dengan keluasan buah-buahan lubatter dan tuangkan baki adunan ke atas buah-buahan.
 
This is a variation on my blackberry cobbler and it’s possible I like it even more than the original! The blueberries and nectarines make for a very lovely combination in this buttery cobbler!
Eat it warm and store the leftovers in the fridge. 1/2 cup butter 2 cups flour 2 cups sugar 3 tsp baking powder 1 tsp salt 2 cups milk 1 tsp vanilla 1/4 teaspoon cardamom 4 cups (total) of  fresh sliced nectarines and blueberries (blueberries may be frozen)

Preheat oven to 350. Once oven temp is reached, melt butter in 9x13 pan. Stir together the flour, sugar, baking powder, salt, milk, vanilla and cardamom; batter will be slightly lumpy. Pour half of batter on top of melted butter in pan. Spread fruit over lubatter and pour remaining batter over the fruit.
Bake in preheated oven for one hour or until golden brown.
 

Ahad, 11 September 2011

Petua Hilangkan Kelemumur



Petua 1:
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.


Petua 2:
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.


Petua 3:
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

Petua 4:
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.
Daun Nangka

Daun Durian

Petua 5:
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

Daun Pandan
Petua 6:
Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu.
Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.
Jerami Padi
Petua 7 :
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Serai

Petua 8 :
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Halba

Kacang Hijau
Petua 9:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.
Buah Mengkudu