Memaparkan catatan dengan label kacang hijau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kacang hijau. Papar semua catatan

Selasa, 11 September 2018

Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka


Pilihan 1:
Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 2: 
Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

Pilihan 3: 
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.

Pilihan 4: 
Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.

Pilihan 5: 
Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 6: 
Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Pilihan 7: 
Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Pilihan 8: 
Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baharu dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapat hasilnya

Ahad, 11 September 2011

Petua Hilangkan Kelemumur



Petua 1:
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.


Petua 2:
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin dan amal ia selepas anda bersyampu. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut anda akan sentiasa berbau harum.


Petua 3:
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan hilang dan rambut akan kembali hilang.

Petua 4:
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian, masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.
Daun Nangka

Daun Durian

Petua 5:
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.

Daun Pandan
Petua 6:
Ambil segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30 minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu.
Untuk kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian sebulan sekali.
Jerami Padi
Petua 7 :
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Serai

Petua 8 :
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Halba

Kacang Hijau
Petua 9:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.
Buah Mengkudu