Petua 1:
Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan santan
itu rata di seluruh kepala. Biarkan seketika. Kemudian cucilah kepala dengan
syampu yang sesuai. Amalkan selalu, anda akan dapati rambut anda akan kembali
berkilat serta kelemumur akan hilang. InsyaAllah.
Petua 2:
Ambil limau nipis kemudian belah dua. Ramas hingga
mengeluarkan air. Ini dilakukan di atas kepala anda. Lakukan sekerap mungkin
dan amal ia selepas anda bersyampu. Insya Allah ia sangat mujarab dan rambut
anda akan sentiasa berbau harum.
Petua 3:
Ambil 10 biji belimbing bulu, cincang halus-halus dan
campurkan secawan kecil santan. Sapukan rata-rata pada kepala dan rambut hingga
campuran itu habis. Balut kepala dengan tuala dan biarkan sejak. Setelah itu
bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Insya Allah, kelemumur akan
hilang dan rambut akan kembali hilang.
Petua 4:
Ambil beberapa helai daun nangka dan daun durian,
masukkan ke dalam mangkuk atau gayung. Masukkan air dan ramas daun-daun
tersebut. Gunakan air ramasan sebagai syampu. Amalkan selalu.
Daun Nangka |
Daun Durian |
Petua 5:
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga
lumat. Campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ditapis lalu usaplah air
tadi ke kepala anda yang ada kelemumur. Lalu bilas dengan air biasa.
Daun Pandan |
Petua 6:
Ambil
segenggam jerami padi dan dibakar hangus dicampurkan dengan semangkuk santan
cair dan jus limau nipis dari sebiji limau nipis.Campur kesemua bahan ini dan
sapukan rata-rata di kepala anda. Bungkus rambut dengan tuala kira-kira 30
minit. Kemudian cucilah rambut seperti biasa dengan syampu.
Untuk
kelemumur yang agak serius, lakukan dua kali seminggu selama 2 minggu. Kemudian
sebulan sekali.
Jerami Padi |
Petua 7 :
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis
hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut
seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas
dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Serai |
Petua 8 :
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam.
Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan
sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Lakukan dua kali seminggu.
Halba |
Kacang Hijau |
Petua 9:
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan
tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok.
Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi. Selamat mencuba.
Buah Mengkudu |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan